Sunday, 19 February 2012

Lolli Choc

Lolli Choc Mak Anjang buat untuk anak-anak buah, dijadikan sebagai buah tangan ketika bertemu anak-anak saudara yang Mak Anjang kasihi

Coklat Oreo berperisa pudina

Coklat ni Mak Anjang buat khas untuk anak buah . Biskut oreo disaluti coklat berperisa pudina....memang best

Bunga Coklat untuk anak tersayang

Gubahan yang Mak Anjang reka khas untuk anak-anak Mak Anjang yang suka makan Coklat

Jambangan Coklat

Sambil duduk melayan kerenah dan telatah anak2 Mak Anjang dapat idea utk membuat jambangan bunga dari coklat..maka inilah hasil yang tak seberapa dari Mak Anjang

Gubahan Bunga Coklat

Hasil rekaan Mak Anjang yang dijadikan hantaran perkahwinan En. Mohd Nor Husairi

Gubahan Bunga dari coklat

Gubahan bunga dihasilkan dari handmade coklat yang dibuat oleh Mak Anjang.Sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yg tersayang ataupun dijadikan sebagai hantaran pertunangan dan perkahwinan.

Saturday, 11 February 2012

Assalammualaikum semua, salam perkenalan dari Mak Anjang. Mak Anjang ingin mengajak kawan-kawan semua berkongsi apa sahaja pengalaman sukaduka dalam kehidupan, tak kira la sama ada pengalaman seharian dalam kehidupan ataupun pengalaman-pengalaman lalu, tips-tips atau panduan dalam menguruskan rumahtangga, petua-petua dan juga resepi yang selalu kita hidangkan untuk keluarga. Semoga dengan sedikit coretan dari kita akan mampu memberikan menafaat dan dapat digunakan oleh orang lain. Diharapkan kawan-kawan akan dapat meluangkan sedikit masa dan tidak lupa untuk mengintai apa yang ada di Serambi Mak Anjang.